Rubber Cooperation Dialogue between Thailand, Indonesia, Malaysia and Vietnam, 2 March 2018 at the Intercontinental Hotel, Bangkok
Rubber Cooperation Dialogue between Thailand, Indonesia, Malaysia and Vietnam, 2 March 2018 at the Intercontinental Hotel, Bangkok
วันที่นำเข้าข้อมูล 17 เม.ย. 2561
วันที่ปรับปรุงข้อมูล 21 พ.ย. 2565
- Domestic Measures 1) Supporting the medium and small enterprises to develop ideas
- International Measure 1) The establishment of Domestic Natural Rubber Supply and Rubber
Dialog Kerjasama Getah di antara Thailand, Indonesia, Malaysia dan Vietnam
2 Mac 2018 di Hotel Intercontinental, Bangkok
H.E. Grisada Boonrach, Menteri Pertanian dan Koperasi bersama Luck Wajananawat, Timbalan Menteri Pertanian dan Koperasi, Lertviroj Kowattana, Setiausaha Tetap, Dr. Suwit Chaikiattiyos, Ketua Pengarah Jabatan Pertanian, Titus Suksaard, Gabenor, Lembaga Getah Thailand dan Rapibhat Chandarasrivongs, Penolong Setiausaha Tetap Kementerian Pertanian dan Koperasi, Thailand telah mengadakan mesyuarat dengan Yang Berhormat Ahmad Rusdi, Duta Kedutaan Republik Indonesia, Yang Berhormat Nguyen Hai Bang, Duta Besar Republik Sosial Vietnam, dan Mohd Faizal Razali, Menteri/ Timbalan Ketua Misi Kedutaan Malaysia, sebagai perwakilan daripada empat negara pengeluar terbesar, untuk susulan perkembangan pelaksanaan Skim Jumlah Eksport Yang Dipersetujui (AETS) oleh negara-negara ahli Majlis Getah Tiga Pihak Antarabangsa (ITRC), dan juga pertukaran idea berkaitan dengan langkah-langkah dan alternatif lain untuk kestabilan harga getah. Topik perbincangan adalah seperti berikut:
1. Perkembangan Pelaksanaan Skim Jumlah Eksport Yang Dipersetujui (AETS) Kali Ke-5 oleh Negara-negara Ahli ITRC dalam Tempoh Januari-Mac 2018
Akibat kejatuhan harga getah asli kepada 150 US sen/kg pada Oktober 2017, negara-negara anggota ITRC telah bersetuju melaksanakan Skim Jumlah Eksport Yang Dipersetujui (AETS) Kali Ke-5 yang merupakan rancangan jangka pendek untuk menekankan isu harga getah asli di dalam tempoh Januari - Mac 2018. AETS dijangka mengurangkan bekalan getah asli yang dianggarkan 350,000 ton. Selepas 2 bulan AETS ke-5, harga getah asli di Thailand telah meningkat, begitu juga di Indonesia dan Malaysia. Thailand sekali lagi akan menjemput ahli negara lain untuk melaporkan perkembangan.
2. Perkembangan Kemasukan Vietnam ke dalam ITRC
Vietnam menunjukkan komitmen mereka untuk turut serta sebagai negara ahli keempat ITRC sebagai tindak balas undangan daripada ITRC. Duta Vietnam memberitahu di dalam mesyuarat tersebut bahawa Vietnam akan mengeluarkan kenyataan rasmi terhadap Memorandum Persefahaman (MoU) berkenaan Penyertaan Vietnam sebagai Negara Ahli Penuh ITRC sebaik sahaja kerajaan memberi persetujuan.
3. Perkongsian Langkah dan Alternatif Lain untuk Kestabilan Harga Getah
Menteri Pertanian dan Koperasi telah menjemput mesyuarat untuk mencadangkan alternatif dalam menyelesaikan isu harga getah asli dan langkah-langkah pelaksanaan yang akan memperbaiki kualiti hidup penoreh getah dan membangunkan mekanisma harga getah asli dalam jangka masa panjang, di bawah prinsip meningkatkan permintaan dan mengurangkan bekalan jumlah yang hampir sama dengan lima langkah-langkah berikut:
- Langkah-langkah Domestik 1) Menyokong perusahaan kecil dan sederhana dalam membangunkan idea dan inovasi ke arah reka cipta yang baik khususnya getah asli, seperti perubatan dan peralatan rawatan dan tilam, yang mana kerajaan akan menyediakan pinjaman kadar faedah yang lebih rendah. 2) Menyokong penggunaan getah dalam agensi-agensi kerajaan dan pengusaha-pengusaha tempatan untuk infrastruktur Thailand seperti kolam renang, perigi, dan small sport grounds dengan tujuan untuk meningkatkan penggunaan getah asli lebih daripada 180,000 ton, yang mana boleh didapati daripada penoreh, kumpulan penoreh, dan koperasi pertanian. 3) Larangan mengembangkan penanaman getah asli terhadap penoreh getah dengan pokok-pokok berusia 25 tahun dan dinasihatkan supaya menanam tanaman alternatif lain atau mencari pekerjaan lain, yang mana kerajaan akan menyediakan pampasan.
- Langkah-langkah Antarabangsa 1) Penubuhan Jawatankuasa Kawalan Harga Getah dan Bekalan Domestik Getah Asli yang terdiri daripada tiga sektor: sektor Kerajaan, sektor Swasta dan sektor Institut Penoreh Getah. Tugas utama Jawatankuasa adalah untuk mengkaji semula dan menganalisis pengeluaran, pemprosesan, dan kos mengeksport; mengawasi pasaran getah asli; menentukan harga belian dan eksport getah. Penentuan harga domestik yang adil di antara negara ahli akan diletakkan keadilan kepada penoreh dan pengeluar di peringkat wilayah / regional. 2) Mengurangkan pengeluaran getah dengan (1) mengurangkan 160,000 hektar pokok getah, yang mana akan memberi kesan terhadap perubahan iklim (2) mengurangkan sebahagian daripada penanaman getah dan menggantikannya dengan tanaman alternatif (3) 2 langkah pengecualian menoreh, seperti langkah jangka pendek membekukan 480,000 hektar aktiviti menoreh getah selama 3 bulan, atau langkah jangka panjang kepada semua penanaman getah supaya mempunyai kitaran menoreh selama 15 hari diikuti kelepasan menoreh selama 15 hari (pada asalnya penorehan untuk 20 hari diikuti oleh 10 hari pengecualian menoreh).
Mesyuarat telah menyatakan kecenderungan di dalam langkah-langkah untuk menguruskan bekalan dan akan melaksanakan langkah-langkah baru di bawah kerjasama ITRC.
Biro Urusan Pertanian Antarabangsa
Pejabat Setiausaha Tetap
Kementerian Pertnian dan Koperasi Thailand
Royal Thai Embassy, Kuala Lumpur
วันและเวลาทำการ (วันจันทร์ - วันศุกร์)
เวลา 09.00 - 13.00 น. และ 14.00 - 17.00 น.
บริการฝ่ายกงสุล (วันจันทร์ - วันศุกร์)
เวลา 09.30 - 12.30 น. และ 14.30 - 16.30 น.
วันหยุดราชการ (คลิก)