Phuket 2028: Ia bukan hanya tentang sebuah Ekspo, ia adalah Kemampanan

Phuket 2028: Ia bukan hanya tentang sebuah Ekspo, ia adalah Kemampanan

วันที่นำเข้าข้อมูล 18 พ.ค. 2566

วันที่ปรับปรุงข้อมูล 18 พ.ค. 2566

| 909 view

328508854_652964536605859_3312960573262881715_n

          Untuk saban tahun, Model Ekonomi Bio-Circular Green (BCG) telah menjadi kunci strategi pembangunan Thailand. Secara ringkasnya, ia menyokong kemampanan di dalam semua bentuk, mengukuhkan daya ketahanan untuk ekonomi dan masyarakat dan juga meningkatkan daya saing industri secara mampan dan holistik.

          Di Minggu Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC yang dijalankan tahun lepas di Bangkok, Model Ekonomi Bio-Circular Green (BCG) telah menyaksikan detik kemuncaknya setelah ia memperoleh komitmen serantau APEC secara menyeluruh hasil utama dari perjumpaan di APEC Thailand 2022, terutamanya Bangkok Goals on Bio-Circular Green (BCG) Economy. Secara dasar, persediaan asas telah diberikan untuk Thailand mensaksikan cara-cara perubahan di mana negara and juga rantau mampu menjadi lebih hijau, lebih inklusif dan juga lebih mampan. Transformasi ini telah pun bermula.

          Sewajarnya, jalan untuk menujui kemampanan adalah masih jauh. Ia memerlukan pendekatan masyarakat secara menyeluruh. Ia bukan lah destinasi yang terakhir, tetapi ia adalah komitmen berterusan untuk memupuk, memajukan inovasi dan juga membangunkan sumber dan juga planet kita. Jelaslah, tahun 2030 akan menjadi detik penting dalam mengecapi Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs). Oleh itu, Thailand telah memasukkan Model Ekonomi Bio-Circular Green (BCG) ke dalam semua pelan hala tuju ke arah kemampanan - agenda polisi nasional, perkongsian awam-swasta dan konferens antarabangsa dan juga acaranya termasuklah  APEC 2022, Inisiatif Teluk Benggala untuk Kerjasama Teknikal dan Ekonomi Pelbagai Sektor (BIMSTEC) 2022-2023, dan Phuket Expo 2028 – untuk menjana semula jalan kearah mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SGDs).

          Di peringkat dasar, hasil utama dari APEC Thailand 2022 dan juga Kerjasama Teknikal dan Ekonomi Pelbagai Sektor (BIMSTEC) 2022-2023, akan memperkukuhkan pendekatan keseluruhan Masyarakat Thailand kearah kemampanan melalui Model Ekonomi BCG. Ini juga telah disokong dengan komitmen jelas daripada sektor swasta. Tetapi transformasi yang sebenar, memerlukan sokongan daripada rakyat dan masyarakat. Dibina di atas Kawasan seluas 22/5 hektar di Phuket, tapak Ekspo bio-ekologi ini akan menjadi contoh utama dan ketara dalam menempatkan usaha pembangunan mampan untuk membuahkan hasil di dalam jangka masa Panjang, untuk masyarakat setempat dan komuniti.

          Ekspo Phuket 2028 berhasrat untuk menjayakan semua ini melalui penerapan Model Ekonomi BCG terhadap masyarakat, planet, dan kesejahteraan (3Ps), di mana bukan secara kebetulan adalah sebahagian juga dari 5 tunggak SDGs. Sebagai contoh, usaha untuk memajukan masyarakat termasuk mempertingkatkan projek kemampanan lokal dan juga membangunkan infrastruktur kesihatan dan kesejahteraan sebagai salah satu bahagian dari rancangan pembangunan 5 tahun Phuket (2023-2027) di mana rancangan tersebut menyasarkan untuk menjadikan Phuket sebagai satu hab perubatan antarabangsa, dengan fokus kepada pelancongan perubatan. Usaha untuk memajukan planet ini, termasuk mereka bentuk bangunan Ekspo untuk rancangan pasca penggunaan sebagai pusat perubatan yang berkualiti dan taman ekologi untuk orang awam dan juga memastikan semua marina di Phuket untuk mengambil teknologi yang mesra alam di dalam operasi perniagaan mereka untuk membuatkan pelancongan setempat menjadi lebih mampan, hijau dan berdaya tahan. Usaha untuk meningkatkan kemakmuran termasuk usaha memacukan transformasi hijau yang akan mewujudkan lebih banyak pekerjaan, merapatkan jurang kekayaan dan juga merangsang  ekonomi setempat sambil menggalakkan kehidupan harmoni dengan alam semula jadi di dalam sektor yang berbeza.

          Perluasan hijau dan pembangunan Phuket – di dalam penyediaan untuk Ekspo Phuket 2028 – telah membuat ramai pihak di dalam wilayah ini teruja. Tetapi yang lebih penting, ia membolehkan Phuket untuk meletakkannya di satu tempat untuk berfungsi sebagai wilayah yang mempunyai contoh amalan terbaik di dalam membawa Model Ekonomi BCG menjadi nyata. Sama ada Phuket memenangi bidaannya untuk Ekspo 2028 atau tidak, usaha telah dan tetap dijalankan. Dengan memenangi Ekspo ini, ia akan menolong bandar tersebut memberikan potensi yang sepenuhnya, di mana kisah kejayaan tersebut diharapkan agar dapat memberi inspirasi terhadap lebih ramai pihak di dalam dunia untuk mereka ikuti bersama di dalam matlamat untuk kemampanan.